Tentang Kami

Kembara Loka

Kembaraloka Travel & Tours Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Kembaraloka merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berpusat di utara Malaysia, bernaung di bawah NZ Falah Travel & Tours Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran MOTAC: KPK/LN 9641). Perjalanan kami bermula daripada sekumpulan pengembara dari Malaysia yang menjelajah ke bumi Kashmir. Dari situlah lahirnya ilham untuk membawa pengalaman mengembara yang sarat dengan keindahan alam, keunikan budaya dan kehangatan hospitaliti tempatan kepada lebih ramai orang.

Perjalanan kami bermula daripada sekumpulan pengembara dari Malaysia yang menjelajah ke bumi Kashmir. Dari situlah lahirnya ilham untuk membawa pengalaman mengembara yang sarat dengan keindahan alam, keunikan budaya dan kehangatan hospitaliti tempatan kepada lebih ramai orang. Dengan semangat untuk berkongsi keajaiban dunia kepada masyarakat, Kembara Dunia kini berkembang menawarkan pakej pelancongan ke destinasi menarik seperti India, Vietnam, Indonesia, Thailand dan pelbagai lagi khususnya untuk pelancong dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kami percaya bahawa setiap perjalanan bukan sekadar percutian, tetapi satu pengalaman yang membina jiwa, memperluas pandangan dan mempererat ukhuwah sesama manusia. Semoga setiap langkah dan usaha dalam membangunkan Kembara Dunia ini terus diberkati dan dirahmati.

Visi

Menjadi syarikat pelancongan Muslim-friendly terbaik di Malaysia dan peneraju utama dalam pasaran Asia dalam penyediaan pakej halal, selamat dan bermakna.

Misi

Menyediakan pengalaman pelancongan Muslim-friendly yang lengkap dan diyakini, dari penginapan, makanan halal sehingga tempat dan waktu solat sepanjang trip.

Menjadi pakar destinasi Asia, dengan fokus kepada penyediaan pakej eksklusif ke negara-negara seperti Vietnam, Thailand, Indonesia, India, dan lain-lain.

Membina jenama pelancongan yang dipercayai, melalui servis mesra pelanggan, komunikasi jujur dan profesionalisme tinggi.

CEO Kembara Dunia

Muhammad Mumtaz Bin Zulkifli

Pengasas & CEO Kembara Dunia (Kembaraloka)

Muhammad Mumtaz Bin Zulkifli merupakan seorang anak jati Baling, Kedah dan juga alumni ANSARA. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Civil Engineering Technology) serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Selain mengetuai Kembara Dunia, beliau juga merupakan Pengarah Urusan kepada sebuah Institut Memandu di Baling, Kedah, membuktikan keupayaan beliau dalam mengurus dan membangunkan pelbagai entiti perniagaan secara strategik dan beretika.

Dikenali sebagai seorang “travel addict” yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia pengembaraan dan budaya antarabangsa, beliau telah menjelajah ke pelbagai destinasi di Asia dan luar negara. Pengalaman luas beliau sebagai pengembara dan backpacker menjadi sumber inspirasi dalam membangunkan Kembara Dunia — sebuah jenama pelancongan Muslim-friendly yang menekankan pengalaman sebenar, keindahan alam dan nilai kemanusiaan. Di bawah kepimpinan beliau, Kembara Dunia bertekad untuk muncul sebagai syarikat pelancongan Muslim-friendly terbaik di Malaysia dan Asia, dengan komitmen tinggi terhadap kualiti, integriti dan kepuasan pelanggan.

Di bawah kepimpinan beliau, Kembara Dunia bertekad untuk muncul sebagai syarikat pelancongan Muslim-friendly terbaik di Malaysia dan Asia, dengan komitmen tinggi terhadap kualiti, integriti dan kepuasan pelanggan.

Surat Lantikan Agent

Lesen MOTAC